7 CIRI-CIRI AGENSI HARTANAH TERBAIK MALAYSIA

Sebagai seorang Real Estate Negotiator (REN) berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH)/ The Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVEA) Malaysia dan pernah menyertai beberapa buah agensi hartanah, terdapat beberapa perkara yang telah Eli amati dan pelajari penting untuk seorang perunding hartanah titikberatkan sebelum memilih agensi yang terbaik untuk sertai.

Setiap REN/ Perunding hartanah/ agen hartanah perlu mendaftar di bawah agensi yang diiktiraf oleh LPPEH untuk bergerak secara serius di dalam bidang hartanah. Untuk menyemak sama ada satu-satu agensi itu telah mendaftar dengan LPPEH, semakan boleh dibuat melalui website LPPEH https://lppeh.gov.my/WP2016/

Sememangnya terdapat banyak agensi yang berdafar di bawah LPPEH, namun agensi yang bagaimanakah perlu dipilih untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang REN?. Baiklah jom kita semak bersama-sama 7 ciri-ciri agensi hartanah yang terbaik Malaysia seperti di bawah:

  1. Well established dan kukuh – Penting untuk memilih sebuah agensi hartanah yang well established dan kukuh kerana agensi sebegini mempunyai pengalaman yang banyak, kewangan yang kukuh, pengurusan yang baik, sistem sokongan / support system yang berkesan serta networking yang luas. Agensi yang stabil akan menitikberatkan kebajikan agen-agen di bawahnya. Agensi yang baik akan menyediakan laluan kerjaya yang menarik dan terbaik untuk agen-agen serta bermacam-macam lagi faedah untuk para agen; 
  2. Sistem yang Up to date Teknologi masa kini sangat cepat berubah. Kadang-kadang kita hampir tidak terkejar dengan perubahan teknologi. Namun, dalam kerjaya sebagai agen hartanah yang professional ini, perkembangan teknologi dalam sistem perundingan hartanah perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi agar urusan jual beli hartanah dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan;
  3. Top Management Yang Kuat, Aktif dan Kreatif – Tulang belakang kepada kejayaan sesebuah agensi adalah sebuah top management yang kuat, aktif dan kreatif. Mengapa Eli gabungkan tiga (3) perkataan kuat, aktif dan kreatif?. Kuat – bukan sekadar kuat fizikal, tetapi kuat dari segi mindanya, prinsipnya, ukhwahnya dan lain-lain. Aktif – Jika tidak aktif bagaimana hendak maju?. Kita perlukan agensi yang aktif untuk sentiasa motivate kita untuk terus bergerak ke hadapan tanpa rasa lemau atau menjadi agen separuh jalan sahaja. Kreatif – Kreatif ni penting untuk memberikan satu anjakan paradigma yang berterusan agar agen-agen tidak bosan menjalani kerjaya sebagai seorang REN;
  4. Rewards Agensi yang kukuh dan mempunyai kewangan yang baik, pasti akan menawarkan rewards yang menarik buat para agen. Tidak semua agensi boleh memberikan rewards yang menarik dan mahal kepada para agen. Oleh itu, jika ada agensi yang boleh memberikan rewards yang gempak dan menarik, bermakna mereka mampu dan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Rewards penting sebagai pemangkin semangat kepada para agen untuk terus mencapai target yang ditetapkan. Tanpa rewards yang menarik, boleh jadi akan kuranglah pembakar semangatnya =);
  5. Listing/ Senarai Projek dan Subsale yang banyak – Ini antara perkara paling penting yang sesebuah agensi perlu sediakan kepada para REN/ agen. Agensi yang mempunyai variasi dan bilangan senarai projek baharu dan subsale yang seimbang dan banyak dapat membantu para agen membuat sales dengan mudah. Ini kerana setiap agen mempunya preferences/ kecenderungan minat masing-masing ke atas sesebuah listing.  Oleh itu, the more variety the listings, the more agents can sell;
  6. Support System yang baik dan holistik – Agensi yang baik, adalah agensi yang mempunyai turutan support system yang baik dari atas sehinggalah ke paling bawah dan tidak menindas orang bawahan. Support system yang baik akan sentiasa memberikan maklumbalas yang pantas dan jitu sekiranya terdapat pertanyaan ataupun kemusykilan daripada para agen. Support system yang baik juga bukanlah datangnya daripada satu cabang atau satu orang sahaja tetapi merangkumi seluruh aspek sistem sesebuah organisasi secara holistik; contoh sila klik sini
  7. Menawarkan sistem komisyen dan laluan kerjaya yang menarik – Pendapatan seseorang REN/ agen adalah bergantung kepada komisyen yang diperolehi daripada jualan yang dibuat. Komisyen daripada setiap jualan akan dibahagikan mengikut nisbah yang telah dipersetujui antara agen dan juga agensi. Sesebuah agensi yang baik akan menyediakan sistem komisyen dan laluan kerjaya yang baik dan menarik untuk para agen agar situasi kerja menjadi lebih harmoni dan adalah win-win situation.

Demikianlah 7 ciri-ciri agensi hartanah terbaik Malaysia atau aspek yang perlu dinilai oleh seorang REN/ agen hartanah yang baharu menyertai dunia hartanah. Setiap agensi mempunyai sistem dan keistimewaanmya yang tersendiri. Oleh itu, tidak salah kepada para REN/ agen baharu untuk mengikuti sesi-sesi preview/ pengenalan yang disediakan (jika ada) oleh agensi-agensi yang tersenarai di bawah LPPEH sebelum membuat keputusan untuk mendaftar. Macam Eli pula, sekarang Eli adalah di bawah agensi IQI iRealty. Eli sangat-sangat fall in love dengan segalanya yang ada dalam IQI iRealty.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai agensi ini, boleh tinggalkan komen anda di bawah atau wasap je Eli di talian www.wasap.my/60103965499/agenelikefliwebsite. See you guys.

Jika anda ingin melihat contoh sistem terbaik untuk agen hartanah sila rujuk artikel di sini [ Sistem Atlas IQI ]

Assalammualaikum.

Love as always,

Eli Kefli

REN36242

Leader

IQI iRealty

Visited 1 times, 1 visit(s) today

Leave a Comment

Scroll to Top