About Me

Eli-Kefli

Ringkasan diri.

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahummasolialasaidinamuhammad.

Syukur ke hadrat Allah swt kerana atas izin dan rahmatNya dapat jua saya melahirkan sebuah medium perkongsian atas talian yang sudah lama diimpikan iaitu sebuah laman sesawang/ ‘website’ bernama Eli Kefli ini.

Baiklah, orang kata ‘tak kenal maka tak cinta bukan’?. Nama diberi oleh emak dan abah tercinta saya ialah Halimatul Sa’adiah binti Zulkefli. Nama samaran yang diberi juga oleh emak dan abah tercinta merangkap nama pena dan nama ‘bussiness’ saya ialah Eli Kefli. Boleh panggil saya Eli. 😉

Saya seorang penjawat awam (Pegawai Tadbir dan Diplomatik – PTD). Saya juga seorang agen hartanah profesional atau ‘Real Estate Negotiator’ (REN) yang telah mendapat kebenaran Ketua Jabatan bagi menjalankan pekerjaan luar. Seorang isteri dan juga mama kepada empat orang cahaya mata yang comel (setakat ini). 😉

Saya sangat cintakan ilmu dan sangat suka meneroka/ ‘explore’ ilmu baharu dalam kehidupan kerana bagi saya ‘life easily get board if you don’t face new challenge’. Saya juga suka berkongsi pengalaman tersebut dengan sahabat-sahabat yang dikasihi.

Harapan saya agar penubuhan laman sesawang Eli Kefli ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca sekalian dan harap kita semua dapat bersahabat di dunia dan juga akhirat asbab ilmu-ilmuyang dikongsikan di medium ini. Insya-Allah. Amin ya rabb.

Salam sayang 🌹
Eli Kefli

Visited 1 times, 1 visit(s) today
Scroll to Top